Masa terluang bersama keluarga merupakan anugerah yang harus dihargai dan tinggal di Bandar Sri Sendayan yang meriah memberikan limpahan peluang untuk meraikan kehidupan bersama.

Dikelilingi oleh kejiranan yang matang serta pelbagai kemudahan yang memenuhi setiap aspek gaya hidup moden, membolehkan anda mengubah momen harian bersama orang yang tersayang menjadi memori yang menakjubkan sambil menghargai kehidupan bermasyarakat di sekitarnya.

Bina kehidupan asas yang kukuh agar keluarga anda dapat membesar dan berkembang maju seiring dengan kediaman dua tingkat pegangan bebas Lyra yang sempurna, bersama rekod cemerlang bagi kediaman yang habis dijual semasa fasa sebelumnya.

Bersantai sambil menikmati rekreasi yang menyihatkan di Taman Sentral seluas 9.5 ekar yang berkonsepkan kehijauan, landskap luas yang dipenuhi dengan pepohon yang rimbun serta berdaun lebat, air sejernih kristal dan kemudahan luar yang lengkap.

Keluarga Adalah Segalanya

DAFTAR SEKARANG DAN NIKMATI